Happy Mother’s Day to all mommies out there.
I know I’m like a little late.. but I did not forget!! Happy Mother’s Day to my mother, she is definitely the best mom I can ever wish for. I may not realised this when I was a kid.. but now, I know what she did for me is pure love. May Allah grant her with Jannah. Ameen… ~via barely supermommy

share via~ blog we tell sweet stories
exactly! this is about our mum....
It's a non stop stories about us and our mom.. terasa cerita kita sedih,kisah orang yang lebih sedih- terasa cerita kita istimewa cerita orang mestilah lagi istimewa buat dirinya. Macam mana tidak istimewa ianya cerita kita dengan orang yang membawa syurga di bawah tapak kakinya
Mashallah siapa lagi lebih istimewa dari itu siapa lagi.
....MUM....
Dia istimewa kerana dia bagi hidup dan nyawanya buat kita.Kita yang serba kurang selalu ikut hati ini, emak lebihkan sedikit adik beradik yang lain kita merajuk, emak tak masak makanan kegemaran kita, kita ambil hati, emak tak belikan apa yang kita hendak kita pendam perasaan- kita mahu macam2 dari emak, tahu dapat sahaja,tahu sempurna sahaja,tak kisah dia penat, dia sedih,dia kecewa,dia sakit dan sebagainya.
Dia yang serba sempurna bertabah dan berkorban sentiasa- kita tak call dia,tapi berjam-jam dengan kawan bersembang dia tak merajuk, kita tak beri dia duit walaupun RM50 sebulan tapi boleh beli phone baru,baju baru,mainan anak yang baru,pagar baru- dia tak memendam malahan tumpang gembira,anak ku berjaya, kita tak ada masa bawaknya berjalan walaupun dekat tapi kita melancung hingga ke London,Paris atau sebut sahaja di mana- dia tak mengata atau meminta malahan kalau tak cukup duit sekiranya ada dia sedia membantu, kita tak menjengoknya sebulan sekali pun tapi boleh melingkari shopping malls, alumni,berparti- dia tak marah tapi memahami. Kita sakiti hati dia- dia menangis tetapi bukan menangis mintak kita diberi bala tapi menangisi minta kita di rahmati,diampuni- Sudah semestinya syurga itu di bawah tapak kakinya, begitu dekat dengan kita, boleh dipegang dan peluk tapi boleh sahaja hilang bau pun tak dapat di hidu.
Moga saya lebih ingat, moga saya lebih ingat.
Cerita paling sedih buat saya dan kalau teringat selalu saja menangis
TERIMA KASIH MA! I LOVE YOU SO MUCH....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan