Sabtu, 22 Ogos 2015

Famous Amos Chocolate Chip Cookies

Famous Amos Chocolate Chip Cookies


Bahan-bahan:
1 1/2 cawan gula perang 
1 cawan mentega
1 cawan minyak #guna minyak masak je
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
4 cawan tepung gandum*
secubit garam
1 sudu kecil cream of tatar*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 cawan walnut cincang
2 cawan semisweet chocolate chip
1 sudu kecil esen vanila

Yg bertanda ( * ) bahan saya ayak dulu..


Cara-cara:

1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Saya pukul adunan guna mixer je.kelajuan slow jgn pukul lama.

2.Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip pukul guna mixer sekjp saja jgn lama agak2 sebati.

*Adunan memang lembik... sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar... jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..

Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.. 

Tempahan kak zu..


Robocar poli theme... 

 Happy birthday izz sweet 7 years old...                                       20.08.2015




Tq kak zu sb order ngan kite... ♡♡♡

Isnin, 17 Ogos 2015

Biskut sarang semut


Biskut sarang semut 





Bahan-bahannya:-

-1 cawan gula halus

-1 cawan tepung custard
-1 cawan tepung gandum
-1 cawan tepung jagung @ tepung kanji
-1 cawan mentega yang dipanaskan
-Telur ikut kesesuaian,Kalau doh dah lembut dan ok,masukkan telur 
  anggaran 1 ke 2 biji sahaja
-Manik warna untuk hiasan

Cara Membuatnya :


Semua dicampur, gaul sampai sebati

Hias dengan manik gula atau ikut cita rasa.

Bakar hingga kekuningan  15-20 minit , 180 C.

Sabtu, 15 Ogos 2015

Tart nenas gulung


 Resepi tart nenas

Bahan-bahan:
-2cawan tepung gandum
-1cawan planta
-1sudu gula custor
-1sudu tepung jagung
-1sudu tepung custard
-1biji kuning telur
-sedikit essen vanilla

Cara-cara:
-pukul planta bersama gula custor
-masukkan kuning telur
-masukkan sedikit essen vanilla
-kmudian masukkan tepung jagung,custart dan akhir sekali tepung gandum sesikit demi sedikit
-uli sehingga menjadi doh
-terap dgn acuan tart gulung
- masukkan jem nenas dan gulung tart
-sapu kn sedikit telur kuning diatas tart

Selamat mencuba!







Selasa, 11 Ogos 2015

Daging hitam berempah


Resepi daging hitam berempah





Bahan-bahan:

-daging (potong kecil dan direbus tlebih        dahulu) dan tos kan
-bawang besar*
-bawang putih*
-cili boh
-serbuk jintan manis
-serbuk jintan putih
-kicap "umi guna kicap manis cap udang

*blend ikut byk mane daging kita guna, kalau 1/2 kg daging byk kan bawang

Cara-cara:

1.tumis bawang & bawang putih yg di blend    td hingga naik bau
2.masukkan cili boh *kalau suka pedas ltk         lebih
3.masak hingga pecah minyak
4. Masukkan kicap, kacau sekejap
5.masukkan daging
6.kacau hingga sebati
7.masukkan 1 1/2 sudu besar serbuk jintan      putih & serbuk jintan manis
8.perasa kn dgn garam dan sedikit gula
9.blh tmbh kicap jika kurang
10. Siap! Blh mkn dgn nasi putih panas2 atau sesuai jgk mkn bersama pulut dan ketupat..


Selamat mencuba!!


Kembali bersiaran!

Assalamualaikum.. Haiii lama betul ana tak jenguk blog ni. Bersawang penuh hahaa. Bukan tak ingat blog ni tapi busy sangat sampai tak a...