Selasa, 11 November 2014

RESEPI TART TELUR

Resepi Tart Telur
( resepi by kak azita http://www.azlitamasammanis.com

TART SHELL

Bahan-bahan :

- 170gm marjerin atau butter
- 50gm gula aising
- 1 biji telur Gred C
- 290gm tepung gandum
- 1 sudu kecil esen vanilla
- acuan tart

Cara-cara :


1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu
atau spatula. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
3. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
5. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

** Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita
letakkan filling tart telur.



TART TELUR ( untuk isi dalan shell )
by : Zaidah

Bahan-bahan :


- 1 Tin susu Cair F&N
- 1 Cwn Air Suam
- 1/3 Cwn Gula Pasir (Klu Suka Manis Tambah Lagi)
- 1 Sudu Kecil Esen Vanilla
- 4 Biji Telur A
- Sedikit Pewarna Kuning

Cara-cara :


1. Kacau gula dan air suam hingga gula larut
2. Bila gula dah hancur dan air telah sejuk masukkan semua bahan yg lain dan kacau rata
3. Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yg telah dibakar terlebih dahulu tadi
4. bakar semula dalam oven dgn suhu 180C mengikut kepanasan oven masing selama 20 minit

**
ummi ikut cara kak ita
kak Ita buat dia bakar shell tart hingga kuning 3/4 masak sebab nanti nak bakar lagi bila dah letak adunan telur.
Lepas shell masak ita keluarkan dari acuan dan susun dlm tray
Pas tu masa shell panas lagi letak adunan telur dan terus bakar dgn api atas dan bawah
Selepas tart masak, biar sejuk dan terus simpan dlm bekas kedap udara dan letak dlm peti ais supaya tart terus rangup
Tart akan melekat sikit pada tray sebab telur tu tumpah masa proses pembakaran
Cungkil dgn pisau jika tart melekat atas tray.


 ini adalah hasil percubaan kali pertama buat tart telur....
 ** abaikan rupa tart yg xseberape tu yek... :p

farhanazayani.blogspot.com




farhanazayani.blogspot.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kembali bersiaran!

Assalamualaikum.. Haiii lama betul ana tak jenguk blog ni. Bersawang penuh hahaa. Bukan tak ingat blog ni tapi busy sangat sampai tak a...